Satu Jam Duduk Atas Pokok Selepas Ceroboh Pejabat KPLB Di Sembulan

Suspek menyerah diri selepas lebih sejam dipujuk anggota polis dan bomba.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki duduk di atas pokok lebih sejam untuk mengelak daripada ditahan polis selepas dia menceroboh pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Sembulan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah berkata, pengawal keselamatan menyedari suspek yang berusia 32 tahun itu menceroboh pejabat KPLB kira-kira 9 malam Isnin dan segera mengejarnya.

Katanya, suspek bertindak melarikan diri dan memanjat pokok kayu ara di kawasan berhampiran untuk menyembunyikan diri.

“Pasukan polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati suspek masih berada di atas pokok berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini sambil menambah operasi itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau berkata, suspek yang juga penganggur berdegil dan enggan mematuhi arahan.

Selepas lebih sejam dipujuk anggota polis dan bomba, dia akhirnya akur dan menyerah diri.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.” – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *