17,105 Kes Baharu Covid-19

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 17,105 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,163,291 kes setakat ini.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 5,836 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,309), Johor (1,275), Kedah (1,036), Sabah (1,010), Perak (967), Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (tujuh) dan Labuan (lima).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost