Anwar Dakwa Kerajaan Sudah Tumbang

Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka selepas tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah tumbang.

Beliau mendakwa bebeberapa ahli Parlimen PN telah menyatakan untuk keluar dan menarik sokongan kepada kerajaan sedia ada.

“Dengan jumlah 107 ahli Parlimen di sini (pembangkang) ditambah ahli Parlimen lain, kerajaan sekarang sudah tumbang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu ahli-ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka setelah mereka tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost