Sabah Benarkan Syarikat Swasta Beli Vaksin Sendiri

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah kini membenarkan syarikat swasta dan sektor perindustrian negeri itu membeli vaksin sendiri untuk proses imunisasi pekerja mereka.

Jurucakap Covid-19 negeri Masidi Manjun berkata, kerajaan sudah mempertimbangkan perkara itu dan kini meluluskan kumpulan berkenaan membeli bekalan sendiri.

“Mereka boleh membeli vaksin Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca seterusnya menjalankan program imunisasi terhadap pekerja di premis mereka, yang akan dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara,” katanya dalam kenyataan.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan membantu menguruskan klinik swasta bagi melaksanakan program itu di premis atau kilang terlibat.” – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost