Kes Baharu Covid-19 Meningkat Kepada 17,786 Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kes harian Covid-19 sekali lagi menunjukkan peningkatan tertinggi hari ini dengan 17,786 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 1,113,272 kes.

Berdasarkan infografik yang dikongsi beliau di Facebook, Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 6,400 kes hari ini.

Ini diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 1,962 kes manakala Kedah (1,389 kes); Johor (1,144 kes) dan Sabah (1,035 kes).

Selain itu, Negeri Sembilan pula mencatatkan 929 kes; Terengganu (883 kes); Perak (775 kes); Pulau Pinang (713 kes); Melaka (697 kes); Pahang (653 kes); Kelantan (580 kes) dan Sarawak (485 kes).

Putrajaya merekodkan peningkatan kes baharu hari ini dengan 116 kes sementara dua negeri kekal kes terendah iaitu Perlis sebanyak 16 kes dan Labuan sebanyak sembilan kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost