16,840 Kes Covid-19 Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 16,840 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,095,486 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,092 kes.

Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 2,114 kes, Kedah (1,281), Johor (1,104), Negeri Sembilan (1,079), Sabah (1,066), Perak (810), Pulau Pinang (689), Kelantan (656), Melaka (581), Pahang (540), Sarawak (450), Terengganu (258), Putrajaya (100), Perlis (13) dan Labuan (tujuh).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost