Sabah Catat 741 Kes Positif & 4 Kluster Baharu Hari Ini

Masidi Manjun

KOTA KINABALU : Empat lagi kluster COVID-19 dikesan di Sabah hari ini dan 741 kes baharu dicatatkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi sebanyak 149 kes, diikuti Tawau 87 kes dan Tuaran 77 kes.

Katanya, daerah Beaufort merekodkan sebanyak 60 kes, manakala Penampang 49 kes, Kudat 42 kes, Kinabatangan 37 kes, dan Papar 34 kes.

Menurutnya, Keningau dan Sipitang masing-masing 33 kes, diikuti Sandakan dan Ranau masing-masing 23 kes, Tongod 20 kes, Putatan 17 kes, dan Kota Marudu, Tambunan, serta Tenom masing-masing lapan kes.

“Daerah Lahad Datu merekodkan tujuh kes, Telupid dan Beluran masing-masing lima kes, manakala Semporna dan Kalabakan kedua-duanya empat kes, diikuti Kota Belud dan Kuala Penyu masing-masing tiga kes, serta Kunak hanya dua kes.

Dua daerah iaitu Nabawan dan Pitas tidak merekodkan sebarang kes,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, empat kluster baharu yang direkodkan termasuklah Kluster Jalan Penampang, Kluster InderaSabah Tawau, Kluster Jeti Kudat, dan Kluster Industri Kelombong (Kota Kinabalu, Tuaran,      Penampang).

Seperti biasa jelasnya, sarıngan kontak rapat penyumbang paling tinggi  iaitu 379 kes (51.2 peratus) dan saringan bergejala pula mencatatkan 129 kes (17.4 peratus).

Katanya, kluster sedia ada menambah 101 kes (13.6 peratus) manakala sarıngan bersasar merekodkan 19 kes (2.6 peratus).

*Covid Update (27/07)**Sabah 741*

Kota Kinabalu 149
Tawau 87
Tuaran 77
Beaufort 60
Penampang 49
Kudat 42
Kinabatangan 37
Papar 34
Keningau 33
Sipitang 33
Sandakan 23
Ranau 23
Tongod 20
Putatan 17
Kota Marudu 8
Tambunan 8
Tenom 8
Lahad Datu 7
Telupid 5
Beluran 5
Semporna 4
Kalabakan 4
Kota Belud 3
Kuala Penyu 3
Kunak 2

*Sifar (0)*Nabawan, Pitas*Kluster Baru
1. Kluster Jln Penampang Penampang 29(+18)
2. Kluster InderaSabah, Tawau 14(+11)
3. Kluster Jeti Kudat, Kudat 44(+11)
4. Kluster Industri Kelombong, (Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang 23(+1)

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost