14,516 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 14,516 kes dalam tempoh 24 jam lalu, penurunan hampir 3,000 kes berbanding angka tertinggi 17,045 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam ciapannya di laman Twitter memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,027,954.

Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 6,508 kes diikuti Johor (1,449), Kuala Lumpur (1,425), Kedah (1,160) dan Sabah (720).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor – 6,508 (373,977) WPKL – 1,425 (111,476) Johor – 1,449 (85,707) Sabah – 720 (80,190) Sarawak – 356 (74,342) Negeri Sembilan – 452 (67,067)

Pulau Pinang – 402 (42,499) Kelantan – 346 (40,019) Kedah – 1,160 (39,637) Perak – 590 (34,509) Melaka – 373 (28,467) Pahang – 386 (21,773) Terengganu – 245 (14,563) WP Labuan – 8 (9,607) WP Putrajaya – 94 (3,461) Perlis – 2 (660).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *