Baru Berusia 18 Tahun, Perenang Ini Hadiahkan Emas Pertama Buat Negaranya Dalam Sejarah Olimpik

TOKYO, 25 Julai : Ahmed Hafnaoui mencipta kejutan hari ini di pentas akhir acara renang 400m gaya bebas lapor portal berita Xinhua. Hafnaoui berjaya menghadiahkan buat seluruh rakyat Tunisia emas pertama Olimpik mereka.

Perenang berusia 18 tahun itu mengetepikan perenang pilihan dari Australia, Jack Mcloughlin  di tempat kedua dan memenangi pingat emas di penampilan pertamanya di Sukan Olimpik tahun ini.

Masa yang dicatatkan Hafnaoui 3 minit dan 43.36 saat, hanya 0.16 saat meninggalkan perenang Australia itu. Kieran Smith dari Amerika Syarikat memenangi pingat gangsa. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost