2 Cedera, Lori Jatuh Gaung Di Jalan Kundasang-Ranau

Mangsa dibantu anggota bomba selepas lorinya terjunam ke dalam gaung sedalam 70 meter di Kilometer 5 Jalan Kundasang-Ranau di sini, hari ini. (Gambar kecil) Anggota bomba menggunakan tali untuk turun ke lokasi. – Foto Ihsan Pembaca

RANAU: Pemandu lori dan kelindannya nyaris maut selepas lori tiga tan yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung sedalam 70 meter di Kilometer 5 Jalan Kundasang-Ranau di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 5 petang itu, mangsa berusia 47 dan 50 tahun dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar barangan dari Kota Kinabalu ke Semporna.

Foto Ihsan Pembaca

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.16 petang.

Menurutnya, sepasukan tujuh pegawai dan anggota kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian bersama dua jentera dan sebuah van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, kedua mangsa yang cedera didapati masih berada di dalam gaung selepas dipercayai tercampak keluar dari lori berkenaan.

“Pasukan bomba terpaksa menggunakan sistem tali bagi membawa naik mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ridwan berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan EMRS dan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *