Kes Jangkitan Baharu Covid-19 Naik Melonjak Di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan lonjakan tinggi dalam jangkitan Covid-19 selepas 647 kes baharu dikesan dalam 24 jam lalu, iaitu hampir sekali ganda berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, ini selepas lebih banyak sampel ujian diterima semula.

Menurutnya, 287 kes atau 44.4% adalah daripada kluster sedia ada manakala 220 (34%) daripada saringan kontak rapat.

“Kota Kinabalu merekodkan 312 kes dengan 204 dari Penjara Kapayan, 78 di Tawau (58 daripada saringan kontak rapat), 39 di Keningau, Kudat (35), Sandakan (33), Sipitang (25), dan Beaufort (24),” katanya di Twitter.

Ini bererti kes kumulatif di negeri itu, yang merekodkan 326 jangkitan baharu semalam, meningkat hampir 75,000.

Jumlah kes melebihi 300 sejak dua hari lalu susulan pihak berkuasa meningkatkan aktiviti saringan dalam komuniti serta kluster sedia ada. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *