
KOTA KINABALU: Sebanyak empat lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama dua minggu bermula 19 Julai hingga 1 Ogos.
Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata lokaliti tersebut membabitkan Apartment Seri Maju di Kota Kinabalu, dua lokaliti di Tawau iaitu QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV, kuarters pekerja Onika Kuari dan Kampung Tinusa 2, Sandakan

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan oleh KKM dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti berikut,” katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata PKPD di beberapa lokaliti di Sabah yang tamat esok dilanjutkan selama dua minggu sehingga 1 Ogos.
Lokaliti terbabit adalah Taman Zifa, Beaufort, dan Kampung Simpangan, Kota Marudu.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost



