PKPD Di Empat Lagi Lokaliti Di Sabah Mulai Ahad Ini

KOTA KINABALU: Sebanyak 4 lagi lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad ini hingga 31 Julai.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengambil kira risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Beliau berkata empat lokaliti iaitu Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, mukim Silabukan, Lahad Datu; Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud serta PPR Taman Ehsan, Kudat, Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

“Prosedur operasi standard (SOP) semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my,” katanya.

Sementara itu, katanya, perintah PKPD di dua lokaliti di Sabah iaitu Kampung Siasai Dundau, Kota Belud dan Kampung Naruntung, Pitas yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan lagi hingga 31 Julai ini.

“Selain itu PKPD yang tamat esok 17 Julai 2021 ialah Kampung Pantai Emas di Kota Belud, Kampung Iban Kuala Nansang di Tawau dan Kampung Babagon di Penampang, Sabah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *