4 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 17 Julai

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di 4 lagi lokaliti di Sabah bermula 17 Julai hingga 30 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang, Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau, di Sabah.

Menurutnya, Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara di www.mkn.gov.my.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, PKPD di Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah dilanjutkan berkuatkuasa 17 Julai sehingga 30 Julai ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa lokaliti PKPD di Sabah ditamatkan esok iaitu Flat Sri Sabah.

Manakala, PKPD di dua lokaliti di Tawau, Sabah iaitu Kampung Mangga, Nasip Kita dan Kampung Kijang, Balung yang bermula 3 Julai lalu juga ditamatkan esok.

“PKPD di Kampung Lingkodon, Kota Belud, Kampung Pintas Kubu, Beaufort, Kampung Muhibbah, Putatan, dan Kampung Goshen, Kota Marudu, Sabah yang bermula pada 3 Julai ditamatkan esok,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *