Matahari Tegak Di Atas Kaabah Esok, Boleh Menentukan Arah Kiblat Di Rumah Pada Jam 5.27 Petang

Umat Islam di Malaysia boleh membuat semakan tepat arah kiblat dengan hanya melihat bayang matahari pada 15 Julai, Khamis ini jam 5.27 petang.

Is susulan fenomena yang dikenali sebagai Istiwa’Adzam atau kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu atas Kaabah di Masjidil Haram, Mekah ketika waktu berkenaan.

Menurut perkongsian daripada Planetarium Negara, fenomena ini merupakan kali kedua berlaku dalam tahun 2021 selepas yang pertama pada 28 Mei 2021 lalu.

Ketika kejadian, bayang-bayang sinaran Mahatari  bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi menghala ke arah Kaabah. Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah Kiblat secara semulajadi.

Sumber: Planetarium Negara

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *