Kes Covid-19 Dijangka Meningkat Dalam Tempoh 2 Minggu – Noor Hisham

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jangkitan Covid-19 akan meningkat dalam tempoh seminggu ke dua minggu akan datang selepas lebih 11,000 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan itu juga disebabkan saringan besar-besaran dilakukan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan termasuk di kawasan tempat kerja yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD).

Beliau berkata, antara faktor peningkatan kes juga adalah disebabkan varian Delta yang lebih cepat merebak ketika ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *