Dua Lagi Lokaliti Di Sabah Kena PKPD Mulai 15 Julai

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di dua lokaliti di Sabah bermula 15 Julai ini.

PUTRAJAYA: Dua lagi lokaliti di Sabah akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD dilaksanakan selama 14 hari bermula 15 hingga 28 Julai ini susulan peningkatan jangkitan Covid-19.

Di Sabah, PKPD membabitkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan, Kampung Telaga dan Kampung Pituru di Pitas.

Ismail turut memaklumkan PKPD yang akan tamat pada 14 Julai bermula 11.59 malam, melibatkan di Kampung Balung Cocos, Tawau, Sabah.

Sementara itu, PKPD Kampung Jaya Baru, Kunak, Sabah ditamatkan 13 Julai ini, lebih awal daripada dijadualkan.

Dalam pada itu beliau berkata, semalam 416 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 372 individu dikompaun manakala 44 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka, gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis, tiada penjarakan fizikal, tidak patuh arahan kawalan pergerakan dan membawa penumpang berlebihan,” katanya.

Bagi Operasi Pematuhan, pihak berkuasa melakukan pemeriksaan ke atas 2,285 kilang, 16,822 premis perniagaan, 1,015 tapak pembinaan dan 456 asrama penempatan pekerja.

“Hasil pemeriksaan itu, sebanyak 67 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan kerajaan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *