Euro 2020: Itali Juara Tewaskan England

LONDON: Itali menundukkan tuan rumah England pada perlawanan akhir Euro 2020 menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 di Stadium Wembley sebentar tadi.

England bermula rancak apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 melalui tendangan cantik Luke Shaw.

Itali cuba mengawal perlawanan pada separuh masa kedua, dan pada minit ke- 67 Leonardo Bonucci berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

The Three Lions kecundang kepada The Azurri apabila tiga sepakan penalti gagal disempurnakan sekali gus menobatkan Itali sebagai juara Euro 2020.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost