Covid-19: 298 Kes Baharu & 2 Kematian Di Sabah Hari Ini

Datuk Seri Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan 298 kes baharu dan dua kematian disebabkan Covid-19 dicatatkan hari ini masing-masing di Lahad Datu dan Papar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 298 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 72,611 kes.

“Kota Kinabalu sekali lagi merekodkan kes tertinggi iaitu 67 kes, diikuti Tawau 38 kes. Keningau pula 37 kes dan Beaufort 36 kes.

“Kudat 32 kes, Penampang 19  kes, Kota Belud 18 kes, Sandakan 14 kes, Sipitang 13 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, daerah Pitas mencatatkan enam kes baharu, Semporna lima kes, Tuaran empat kes, Papar tiga kes sementara Kinabatangan, Putatan dan Kota Marudu masing-masing dua kes.

Katanya, daerah yang tidak merekodkan sebarang kes ialah Kunak, Lahad Datu, Kalabakan, Telupid, Ranau, Beluran, Tongod, Tenom, Tambunan, Kuala Penyu dan Nabawan.

“Sabah juga tidak merekodkan kluster baharu hari ini,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *