Warga Emas Meninggal Ketika Makan Dalam Restoran Di Donggongon

Warga emas tersebut disahkan meninggalkan dunia di lokasi semasa diperiksa oleh pegawai perubatan.

PENAMPANG: Beberapa pengunjung sebuah restoran di Pekan Donggongon, di sini, cemas selepas selepas seorang lelaki warga emas tiba-tiba rebah sebelum tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 61 tahun terbabit disahkan meninggal dunia okeh pasukan paramedik yang hadir di lokasi selepas dihubungi pekerja restoran.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa adalah seorang gelandangan dan berasal dari Kampung Lubang Batu Mandahan, Papar.

“Punca kematian mangsa masih belum dapat dipastikan sementara menunggu laporan bedah siasat.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai waris mangsa boleh berhubung dengan pengawai penyiasat IPD Penampang, Sarjan Mejar (SM) Patrick Duffy Francis Dicka di talian 0138385335.- AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *