‘Dine-in’ Tidak Disentuh Dalam SOP Terbaharu Sabah

Masidi Manjun

KOTA KINABALU:  Merujuk kepada kenyataan harian Covid-19 dan Prosedur Operasi Standard SOP bagi Negeri Sabah hari ini, larangan dine-in tidak disentuh.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun dalam satu pesanan ringkas hari ini menjawab kekeliruan yang timbul berhubung SOP dine-in.

Pesanan ringkas daripada Masidi ketika ditanya hari ini.

“Tafsir sendiri. Dine in tidak disentuh dalam SOP Sabah. Ertinya tidak dilarang”, katanya ringkas.

Pada 28 Jun 2021, Kerajaan Sabah membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa pertama bermula Selasa.

Bagaimanapun, Hajiji berkata, PPN itu dilaksanakan dengan mengekalkan sebahagian besar proosedur (SOP) Sabah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Beberapa aktiviti sosial dan ekonomi dibenarkan beroperasi antaranya ‘dine-in’ di restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel, membuka gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya dan kedai gunting rambut.

“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal dibenarkan selain aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *