Sabah Beralih Ke Fasa 2 Mulai 10 Julai Ini

KOTA KINABALU: Sabah akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara mulai 10 Julai dan seterusnya, kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata negeri itu telah mencapai nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan.

Sementara itu, SOP Fasa 2 boleh didapati di laman web Majlis Keselamatan Nasional (MKN).

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah Pelan Pemulihan Negara oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Setelah semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri ini, Sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sabah daripada fasa 1 ke fasa 2 berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama yang telah ditetapkan.

Peralihan bagi fasa PPN bagi negeri Sabah akan berkuatkuasa mulai 10 Julai 2021.

Maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang telah ditetapkan bagi fasa 2 boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *