Covid-19: Kes Melonjak, 8,868 Kes Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 8,868 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 808,658 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 4,152 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan sebanyak 1,133 kes, Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360), Johor (336), Sarawak (281), Sabah (279), Pulau Pinang (237), Melaka (183), Pahang (152), Kelantan (135), Terengganu (68), Labuan (64) dan Putrajaya (47).

Manakala negeri Perlis hanya mencatatkan satu kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *