2 Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai 6 Julai

KOTA KINABALU: Dua lagi lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama dua minggu mulai 6 hingga 19 Julai, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, dua lokaliti tersebut membabitkan Kampung Jambatan Baru di Membakut dan Blok 6, Kampung Titingan di Tawau.

“Setakat ini, 17 individu dilaporkan positif di Kampung Jambatan Baru manakala sembilan disahkan positif di Blok 6, Kampung Titingan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan lanjutan PKPD di Kampung Jaya Baru, Kunak dan Kampung Serudung Baru, Tawau, Sabah selama dua minggu berkuatkuasa 6 Julai selepas KKM mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu direkodkan.

Dalam pada itu, PKPD di beberapa lokaliti di Sabah diisytihar tamat esok.

Lokaliti-lokaliti yang terbabit adalah Ladang Brumas di Kalabakans, Kampung Pulutan di Nabawan dan Taman Wijaya Park di Kota Kinabalu, Sabah.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *