Suspek Larikan Kereta Kakak Tunang Serah Diri

Gamnbar Hiasan

KOTA MARUDU: Seorang lelaki yang melarikan kenderaan milik kakak tunangnya sejak Selasa lalu, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, suspek berusia 27 tahun itu menyerah diri kira-kira jam 7.30 malam tadi selepas menghilangkan diri sejak dua hari lalu.

Katanya, semasa ditahan, polis turut menemui semula kenderaan yang dilarikan selain turut merampas telefon bimbit milik serta wang tunai yang dipercayai RM500 milik mangsa.

“Rampasan wang tunai serta telefon bimbit berkenaan adalah milik mangsa yang ditinggalkan dalam kenderaan semasa suspek melarikan diri.

“Hasil siasatan, suspel turut mengakui wang syarikat yang didakwa RM10,000 itu sebenarnya sebanyak RM18,000,” katanya.

Mohd Izaan berkata, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, dalam kenyataan yang tular di laman sosial facebook sejak beberapa hari lalu mendakwa, seorang lelaki bertindak melarikan wang tunai sebanyak RM18,000 dan sebuah kenderaan Proton Iswara.

Kenyataan itu mendakwa, lelaki terbabit turut mengikat dan membelasah tunangnya sebelum menghilangkan diri. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *