Sandakan Benarkan Dine-In Di Restoran Mulai Esok – Presiden MPS

Tegasnya, dua orang satu meja makan dibenarkan selain hanya 50 peratus sahaja boleh berada dalam premis makanan.

SANDAKAN: Semua peniaga restoran dan gerai di Sandakan dibenarkan beroperasi secara dine-in mulai esok.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Wong Foo Tin berkata, pihaknya membenarkan perkara itu selepas mengikuti pengumuman yang dikeluarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada Isnin.

Tegasnya, hanya dua orang satu meja makan dibenarkan selain 50 peratus individu sahaja boleh berada di dalam premis makanan.

“Makan di restoran memang dibolehkan bermula esok. Seperti Ketua Menteri Sabah katakan sebelum ini.

“Masa berniaga iaitu bermula jam 6 pagi sehingga jam 8 malam sahaja. Sebuah meja hanya dibenarkan untuk dua orang sahaja atau jumlah kehadiran dalam sesebuah premis makanan hanya 50 peratus sahaja,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Foo Tin berkata, pihaknya juga menasihatkan peniaga dan masyarakat setempat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“SOP seperti memeriksa suhu sebelum masuk ke premis dan mengimbaskan kod pantas (QR) MySejahtera juga wajib dibuat,” katanya.

Terdahulu, isu makan di restoran hangat diperkatakan di negeri Sabah sejak Isnin lalu.

Pada Isnin Ketua Menteri Sabah mengumumkan kebenaran kepada para peniaga untuk beroperasi dengan makan di restoran.

Peniaga kemudiannya membenarkan pelanggan makan di restoran.

Namun pada sebelah petang peniaga di Sabah termasuk Sandakan menghentikan kaedah berniaga secara dine-in selepas mendapati tiada SOP mengenainya dikeluarkan oleh phak berkaitan. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *