PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,988 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 758,967 setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata. Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,885 kes.
Ini diikuti oleh Kuala Lumpur dengan 988 kes, Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311), Johor (270), Kedah (250), Sabah (232), Pahang (195), Pulau Pinang (174), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108), Terengganu (50) dan Putrajaya (10).
Perlis hanya mencatatkan satu kes.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost