PBS Sokong Sabah Longgarkan SOP

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menyokong keputusan kerajaan Sabah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 seperti diumumkan Ketua Menteri.

Keputusan melonggarkan SOP yang dibuat itu dibuat setelah mengambil kira situasi kes Covid-19 di negeri ini yang berada pada tahap terkawal dan antara terendah di negara.

Setiausaha Agung PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, PBS yakin kerajaan persekutuan memahami apa yang baik dan perlu untuk Sabah kerana keputusan yang dibuat sudah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah yang turut dianggotai agensi Kerajaan Persekutuan seperti polis, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar ini berkata, mereka percaya sebelum keputusan itu dibuat, kerajaan negeri sudah membuat penelitian.

“Ini termasuk aspek keperluan keseimbangan antara menjaga keselamatan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi dan kami yakin kerajaan persekutuan memahami kehendak kerajaan dan rakyat Sabah.

“Keyakinan ini berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan kepimpinan kerajaan persekutuan termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa memahami keperluan dan kehendak rakyat Sabah,” katanya.

Ini diperkukuhkan lagi dengan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa bekerjasama dan sepakat melandaikan lekuk Covid-19 yang masih mencatatkan bilangan kes harian yang tinggi di negara ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *