COVID-19: 6,276 Kes Baharu, 62 Kematian Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,276 kes baharu Covid-19 dengan 62 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 64,129 kes aktif dan 905 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 452 memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, jumlah jangkitan kini 751,979 manakala kes sembuh pula 4,929 dengan 682,680 jumlah kumulatif.

Sementara itu, sebanyak 62 kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 5,170.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,836 kes.

Diikuti Negeri Sembilan dengan 644 kes, Kuala Lumpur (625), Sarawak (376), Johor (299), Sabah (242), Kedah (226), Melaka (223), Pahang (210), Kelantan (159), Perak (137), Labuan (132), Pulau Pinang (131), Terengganu (20), Putrajaya (11) dan Perlis (5).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *