TERKINI: Bantuan Khas COVID-19 Libatkan B40 & M40 Termasuk Isi Rumah & Bujang Mulai Ogos

KUALA LUMPUR: Seramai 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang bakal menikmati Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang akan disalurkan mulai Ogos ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi isi rumah kategori miskin tegar bakal terima bantuan RM500 pada Ogos, dan RM500 lagi pada November manakala RM300 pada Disember.

“Sementara, individu bujang kategori miskin tegar akan menerima RM100 pada Ogos dan RM300 pada November.

“Bagi isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember,” katanya pada Pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) di sini, hari ini.

 Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November; Kedua, isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos; dan Ketiga, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *