
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,218 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 739,266 kes.

Selangor sekali lagi mencatatkan jangkitan tertinggi, iaitu sebanyak 1,989 kes, diikuti Negeri Sembilan (629), Kuala Lumpur (469), Sarawak (409), Perak (400), Sabah (258), Johor (243), Melaka (183), Pahang (111), Labuan (108), Kelantan (101), Pulau Pinang (88), Terengganu (23), Putrajaya (8) dan Perlis (5).
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost