KWSP Perkenal Kemudahan Pengeluaran Baharu i-Citra Sehingga RM5,000

KUALA LUMPUR: KWSP akan membenarkan penyimpan untuk melakukan pengeluaran melalui program pengeluaran baharu iaitu i-Citra, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, pengeluaran dibenarkan sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran di portal i-Citra bermula 15 Julai 2021 dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke akaun ahli pada Ogos 2021.

Program itu bagi meringankan beban seramai 12.6 juta yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

https://www.facebook.com/BernamaTV/posts/4404532199566970

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *