
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri masih mengekalkan semua Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 termasuk waktu perniagaan kedai makan dan restoran.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, sebarang perubahan terhadap SOP PKP 3.0 hanya akan diumumkan esok atau lusa.

Katanya, setakat ini, semua SOP masih kekal termasuk waktu perniagaan kedai makan dan restoran yang bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Tunggu kenyataan saya esok atau lusa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob mengumumkan operasi kedai makan dan restoran dibenarkan bermula jam 6 pagi sehingga 10 malam, bermula esok.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.- HMetro
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost