5,803 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 5,803 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 728,462 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, dengan 2,108 kes.

Ia disusuli Negeri Sembilan (741), Kuala Lumpur (628), Sarawak (491), Melaka (355), Johor (329), Pahang (220), Sabah (189), Kedah (186), Pulau Pinang (160), Perak (137), Kelantan (103), Labuan (99), Terengganu (29), Putrajaya (24) dan Perlis (4).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost