
PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,244 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 711,006 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,001 kes.

Ia diikuti Negeri Sembilan dengan 677 kes, Sarawak (577), Kuala Lumpur (531), Johor (282), Pahang (245), Kedah (189), Melaka (180), Pulau Pinang (159), Sabah (129), Kelantan (81), Labuan (77), Perak (75), Terengganu (27), Putrajaya (13) dan Perlis (1).
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost