Bayaran BPR Tambahan RM500, RM300 & RM100 Sudah Mula Dikreditkan

Dalam PEMERKASA Plus yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini, pakej Bantuan Prihatin Rakyat BPR Tambahan telah diperkenalkan. Untuk maklumat BPR Fasa 2 telah dikreditkan kepada penerima pada bulan Jun ini. Mereka yang tidak lulus boleh buat Rayuan BPR sehingga 30 Jun 2021.

NILAI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT TAMBAHAN

Berikut adalah nilai bantuan yang akan diterima oleh penerima :

-Pendapatan Isi Rumah bawah RM2500 = BPR Tambahan RM500

-Pendapatan Isi Rumah bawah RM5000 = BPR Tambahan RM300

-Bujang : BPR Tambahan RM100

TARIKH BAYARAN BPR TAMBAHAN

Menurut sumber rasmi LHDN, tarikh pembayaran akan dilakasanakan pada penghujung bulan Jun 2021.

Tarikh sebenar bermula pada 22 Jun 2021 SECARA BERPERINGKAT mengikut bank masing-masing.

Ada yang masuk awal, ada yang masuk lambat. Sila semak di bank anda secara online dulu.

CARA SEMAKAN

Anda boleh semak kelayakan anda pada penghujung Jun 2021.

-Layari portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/

-Log masuk & masukkan Nombor Kad Pengenalan dan kata lauan anda

-Tekan Semak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *