2 Lagi Kampung Di Sabah Dikenakan PKPD Bermula Jumaat Ini

Pelaksanaan PKPD selama 14 hari di dua kampung di Sabah adalah susulan peningkatan jangkitan Covid -19.

PUTRAJAYA: Dua kampung di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 25 Jun hingga 8 Julai itu adalah susulan peningkatan jangkitan Covid-19.

Manakala di Sabah PKPD membabitkan Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud dengan 10 individu dikesan positif setakat ini.

Kampung Kukut, Beaufort, turut dikenakan PKPD selepas 18 daripada 34 individu yang disaring dilaporkan positif.

Sementara itu, Ismail memaklumkan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu, dilanjut sehingga 7 Julai dan PKPD di lima sub-zon Wilayah Persekutuan Labuan dilanjut hingga 28 Jun.

Pelaksanaan PKPD di Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Ho, Kinabatangan, Lorong Pasir Putih, Taman Pasir Putih Fasa 1, Putatan, Sabah akan tamat bermula 11.59 malam pada 24 Jun.

PKPD di Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat,Taman Wawasan, Beaufort, Sabah pula akan tamat bermula 11.59 malam ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, semalam polis menahan 754 lagi individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu 701 dikompaun manakala 53 lagi direman.

Pihak berkuasa juga menahan 44 PATI dan merampas sembilan kenderaan darat serta dua bot.

“Sementara pihak penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam melakukan 1,433 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 1,425 premis mematuhi SOP manakala lapan lagi dikenakan kompaun,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost