PKPD Di 3 Lagi Lokaliti Di Sabah Bermula 24 Jun

PUTRAJAYA: Tiga lagi lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 24 Jun hingga 7 Julai ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.

Katanya, PKPD itu membabitkan dua lokaliti di Kunak, iaitu Kampung Pangi Hujung dan Kampung JKR Lama.

“Sehingga kini, KKM telah melakukan 16 ujian saringan di Kampung Pangi Hujung dan 11 kes direkodkan manakala di Kampung JKR Lama, sebanyak 15 kes dikesan hasil daripada 42 saringan di lokaliti tersebut,” katanya ketika melaporkan perkembangan harian pelaksanaan PKP mengekang penularan wabak Covid-19.

Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Kebayau, Kota Belud, di mana 22 dikesan positif selepas 200 individu disaring.

Sementara itu pelaksanaan PKPD di dua lokaliti di Sandakan, iaitu Kampung Sungai Obar, Batu 7, Fasa 9B Taman Indah Jaya,Kampung Sin San, Kampung Singgahmata, Pulau Banggi di Kudat,Sabah dan Kampung Sungai Penchala,Kuala Lumpur akan tamat bermula esok.

PKPD di Taman Perdana, Lahad Datu, Sabah pula tamat bermula 11.59 malam ini.

Dalam perkembangan sama, Ismail turut memaklumkan, 959 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu 923 dikompaun manakala 36 lagi direman.

Sementara pihak Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam tempoh sama melakukan 1,943 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 1,938 premis mematuhi SOP manakala lima lagi dikenakan kompaun.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *