Dua Ahli Perniagaan Didenda Palsukan Dokumen Tender Makanan Asrama

Junaidah (kanan) bersama Ashpawi (kiri) keluar dari bilik mahkamah selepas mengaku bersalah memalsukan dokumen.

KOTA KINABALU: Dua ahli perniagaan yang memalsukan dokumen bagi mendapatkan tender membekalkan makanan ke asrama sekolah dikenakan denda RM 24,000 setiap seorang di Mahkamah Khas Rasuah hari ini.

Kedua-dua tertuduh iaitu Mohd Terus Megin, 49, dan Junaidah Majin, 44, dijatuhkan hukuman denda setelah mereka mengaku bersalah dihadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Tertuduh pertama, Mohd Terus didakwa atas tiga pertuduhan memalsukan dokumen bagi mendapatkan Tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ke Asrama Sekolah-Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arshad Kota Belud pada 1 petang pada 24 November 2016.

Bagi tertuduh kedua, Junaidah yang turut berdepan tiga pertuduhan memalsukan dokumen untuk mendapatkan Tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ke Asrama Sekolah-Sekolah untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Timbang Kota Belud pada 24 November 2016.

Atas kesemua kesalahan itu, kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman denda RM8,000 bagi setiap satu kesalahan dan jika gagal membayar denda mereka boleh dipenjara selama empat bulan untuk setiap pertuduhan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *