
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,611 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 701,019 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,346 kes.

Ia diikuti Sarawak sebanyak 682 kes, Perak (453), Negeri Sembilan (437), Johor (314), Kuala Lumpur (310), Melaka (205), Kelantan (219), Kedah (182), Sabah (166), Labuan (130), Pulau Pinang (84), Pahang (50), Terengganu (18) and Putrajaya (15).
Manakala tiada kes baharu direkodkan Perlis hari ini.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost