DUN Sabah Boleh Bersidang

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyatakan kesediaan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa, jika keadaan mengizinkan.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata keputusan mengadakan semula sidang DUN akan dimaklumkan selepas mendapatkan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kami akan meminta nasihat daripada MKN terlebih dahulu dan kami sedia untuk bersidang semula dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas persoalan jika kerajaan negeri bersedia untuk membuka semula DUN dan mengadakan persidangan dalam tempoh terdekat.

Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim Yahya, mengenai perkara itu, semalam.

Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, berkata sebagai susulan pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

Kali terakhir DUN Sabah bersidang ialah pada 18 Disember hingga 23 Disember lalu, bagi membentang Belanjawan Negeri 2021. -BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *