Tak Tahan Bunyi Tangisan, Lelaki Pukul Anak, Tampar Ugut Bunuh Isteri

Ketua Polis Beaufort Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, lelaki berkenaan mengamuk, menampar isterinya dan mengugut wanita itu. – Gambar Hiasan

BEAUFORT: Tidak tahan bunyi tangisan anak, seorang lelaki hilang kawalan sehingga tergamak memukul isteri dan anak berusia setahun dalam kejadian di Kampung Membakut Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, lelaki berusia 27 tahun itu turut mengugut akan membunuh dan menggantung isterinya.

Yusoff Zaki

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, susulan insiden itu, satu laporan polis dibuat isteri suspek yang berusia 23 tahun di Balai Polis Membakut.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada anak pasangan terbabit yang menangis sehingga menyebabkan suspek marah kerana terganggu ketika hendak tidur.

“Suspek turut memukul anaknya sehingga berlaku pertengkaran kerana isteri suspek menegur perbuatan suaminya itu.

“Suspek yang berang terus memukul dan mengugut mahu bunuh dan menggantung isterinya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Yusoff berkata, mangsa yang sakit dipipi kemudian dirujuk ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut.

“Selepas kejadian itu, suspek menghilangkan diri dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost