Covid-19: 5,738 Kes Positif Baharu, 60 Lagi Kematian

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 5,738 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 678,764 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,858 kes.

Ia disusuli Negeri Sembilan (1,086), Kuala Lumpur (641), Sarawak (559), Johor (449), Sabah (248), Kedah (197), Melaka (184), Kelantan (154), Pulau Pinang (97), Labuan (97), Terengganu (77), Pahang (54), Perak (30) dan Putrajaya (7).

Perlis ialah satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost