Pemandu & Kalindan Lori Cedera Parah Dalam Kemalangan

Keadaan lori yang remuk teruk selepas kemalangan itu.

TAWAU : Pemandu dan seorang kelindan lori mengalami kecederaan parah selepas lori dinaiki telah terbabas sendiri dan terbalik dalam kejadian di simpang Kampung Pengkalan Asli, Kilometer 30 Jalan Tawau – Kalabakan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, kejadian kemalangan berlaku semasa mangsa (pamandu), 37 tahun yang memandu lori kontena (box van) bersama seorang lagi pembantu sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Tawau, membawa muatan alat-alat ganti kenderaan kira-kira pukul 5.30-pagi.

Keadaan lori yang remuk teruk selepas kemalangan itu.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa (memandu lori) telah hilang kawalan pemanduan di kawasan selekoh jalan dan telah melanggar penghadang jalan di bahu kiri jalan, seterusnya terbabas dan turut melanggar beberapa tiang elektrik sebelum terbalik di kawasan kebun pisang.

Beliau berkata, kesan kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan lori terbabit turut mengalami kerosakan teruk. Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SumbeR: Tawaufm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost