5,304 Kes Baharu Covid-19, 64 Lagi Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,304 kes baharu Covid-19, dengan 64 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 657,508 kes.

Dalam kenyataan, Noor Hisham berkata Selangor terus mencatatkan angka jangkitan tertinggi iaitu 1,973 kes.

Ia disusuli Sarawak (544), Kuala Lumpur (462), Johor (363), Sabah (335), Negeri Sembilan (331), Kedah (301), Pulau Pinang (256), Kelantan (179), Labuan (158), Melaka (145), Perak (121), Pahang (78), Terengganu (46), Putrajaya (7) dan Perlis (5).

Daripada jumlah kes baharu itu, lima membabitkan kes import dan baki 5,299 adalah penularan tempatan.

Katanya, terdapat 73,324 kes aktif, dengan 452 daripada 917 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan 8,163 dengan jumlah kumulatif sebanyak 580,276 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 3,908.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost