PPM Tahan 9 PATI Indonesia Di Tawau

Kesemua PTI yang ditahan dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut. – Foto PPM

TAWAU : Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan sembilan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia di Kampung Tawau Lama, awal pagi tadi.

Pegawai Memerintah Markas Operasi PPM Tawau, DSP Mohd Nazari Ismail berkata, kesemua PATI berkenaan terdiri dari lima lelaki dan empat perempuan berumur lingkungan 16 hingga 42-tahun, dikesan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua PTI yang ditahan dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut. – Foto PPM

Katanya, serbuan pertama dijalankan di sebuah rumah tidak bernombor disyaki penempatan PATI berjaya menahan lima PATI terdiri dari tiga lelaki dan dua perempuan, kira-kira pukul 5.05 pagi Susulan itu, pasukan serbuan turut menjalankan serbuan di sebuah lagi lokasi, disyaki tempat persingahan (transit) PATI, iaitu di kawasan kebun pisang di sekitar kampung berkenaan dan berjaya menahan empat lagi PATI terdiri dari dua lelaki dan dua perempuan.

DSP Mohd Nazari berkata, kesemua PATI berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut. Kes berkenaan akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau atas kesalahan dibawah Akta Imigresen 1961.

Menurutnya lagi, kejayaan operasi tersebut hasil risikan Unit Risikan Marin (URM) PPM Tawau dan serbuan dijalankan oleh sepasukan terdiri dua Pegawai, sembilan anggota Unit Gempur Marin (UNGERIN) PPM Wilayah 4 Sabah bersama empat anggota URM PPM Tawau bagi mengekang kemasukan PATI.

SumbeR: BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *