COVID-19 : Sabah Catat 233 Kes Positif & 1 Kluster Baharu

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah hari ini mencatatkan sejumlah 233 kes positif Covid-19 dan satu kluster baharu .

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata “Terdapat satu kluster baharu pada hari ini iaitu kluster Kampung Lobou di sini yang mencatatkan tujuh kes baharu menjumlahkan 15 kes keseluruhan.

Katanya, Tawau merekodkan kes tertinggi dengan 42 kes dan Sandakan meningkat kepada 33 kes diikuti Kudat 16 kes manakala Penampang 14 kes.

“Putatan merekodkan 9 kes dan Papar serta Nabawan masing-masing lapan kes diikuti 12 kes di Beaufort dan Pitas.

“Lahad Datu, Semporna dan Kota Marudu masing-masing merekodkan lima kes, Tuaran empat kes, Kuala Penyu tiga kes manakala Sipitang dan Telupid dua kes setiap daerah,” katanya.

Katanya hanya satu kes di tujuh daerah iaitu Tongod, Kinabatangan, Kunak , Kalabakan, Keningau, Kota Belud dan Ranau.

Di daerah Beluran, Tambunan dan Tenom tiada sebarang kes direkodkan setakat hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *