Tidak Patuh SOP, Empat Pemilik Premis Dikompaun RM40 Ribu

Pegawai KPDNHEP menjalankan pemeriksaan aplikasi MySejahtera secara rawak kepada salah seorang pengunjung. – Foto KPDNHEP

PENAMPANG: Masih ada pihak ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun arahan ini sudah mencapai tahap 3.0.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri merangkap Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Taha Julai berkata pihaknya berjaya mengeluakan empat kompaun pada awal tempoh pelaksanaan PKP 3.0 di negeri ini.

“Meskipun arahan serta amaran kerap dikeluarkan masih ada pihak yang ingar dan kita terpaksa mengeluarkan empat kompaun dalam tempoh du ahti berturut-turut pada fasa awal pelaksanaan PKP ini.

“Kesalahan itu membabitkan tiga pelanggaran mengikut Akta 342, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 melibatkan empat buah premis perniagaan di daerah Penampang iaitu menjalankan operasi di sektor yang tidak dibenarkan. 

“Kesemua pemilik perniagaan tersebut dikompaun masing-masing sebanyak RM10,000,” katanya.

Menurutnya operasi penguatkuasaan pematuhan SOP PKP 3.0 dilaksanakan bersama-sama 16 orang pegawai penguatkuasa KPDNHEP di sekitar daerah terbabit.

Katanya pemeriksaan pematuhan SOP PKP ini akan dijalankan secara berterusan sepanjang PKP 3.0 berkuat kuasa. 

“KPDNHEP turut menjalankan pemeriksaan terhadap orang awam yang dibuat secara rawak terutamanya pematuhan SOP PKP seperti penjarakan fizikal, penggunaan aplikasi MySejahtera yang betul dan sebagainya.

“Pemeriksaan ini tidak tertumpu hanya di Penampang semata-mata malah ianya dijalankan di seluruh negeri dan kita akan menjalankan tindakan sewajarnya kepada pihak yang ingkar,” katanya. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *