Pekerja Restoran Juga Akan Dikompaun Jika Didapati Dine-In – Hazani

Hazani Ghazali

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali menasihatkan agar pemilik serta pekerja restoran memilih kawasan tertutup jika ingin makan di dalam premis masing-masing.

Beliau berkata ini kerana pihaknya akan memberikan kompaun kepada mana-mana pekerja atau pemilik restoran jika didapati makan di dalam premis terbabit.

“Kita ingin memberi keadilan kepada semua pihak. Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan makan di kedai atau ‘dine-in’ perlu dipatuhi tidak kita kamu adalah pekerja restoran ataupun orang awam.

“Sebelum berlakunya COVID-19 pemilik restoran tidak membenarkan pekerja makan bersama pelanggan, kenapa sekarang perkara ini dibenarkan pula? Oleh itu pilihlah tempat tertutup jika pekerja atau pemilik restoran ingin makan di premis itu terutama ada larangan untuk ‘dine-in’ kini untuk mengelakkan timbulnya isu lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata pihaknya akan mengarahkan pegawai serta anggota menjalankan pemantauan di pusat rekreasi serta pusat keagamaan di negeri ini.

Katanya perkara itu dilaksanakan bagi memastikan tiada pelanggaran SOP atau kunjungan beramai-ramai di kawasan berkenaan terutama sekali di kawasan tumpuan awam seterusnya mengelakkan perkara tidak diingini berlaku sepertimana kawasan laut yang mengorbankan empat individu di Putatan baru-baru ini. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *