Hospital UMS Suntik 1,000 Dos Vaksin Sehari

Lebih banyak PPV ditubuhkan bagi mempercepat imunisasi COVID-19. – Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempunyai kapasiti suntikan 1,000 dos vaksin COVID-19 sehari, bagi mempercepat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin, berkata hospital itu sudah bersedia melaksanakan tugas berkenaan sejajar pemilihannya sebagai antara 19 institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

“Pelaksanaannya akan dikendalikan oleh Hospital UMS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Taufiq berkata, pengurusan universiti meluluskan cadangan untuk menjadikan Hospital UMS sebagai PPV pada 25 Mei lalu.

“UMS sudah bersiap sedia memastikan proses vaksinasi dapat dilakukan dengan baik di kampus ini. Sebelum ini, kita juga dijadikan sebagai pusat ujian sampel COVID-19 di Sabah.

“Sejak COVID-19 melanda negara kita, Hospital UMS sudah terbabit secara langsung dalam membantu kerajaan Sabah untuk mengekang penularan pandemik ini.

“Dengan pengalaman, kepakaran dan kelengkapan yang dimiliki, Hospital UMS mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan,” katanya.

PPV di IPT mampu memberikan 14,400 vaksin COVID-19 sehari atau 432,000 vaksin sebulan. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *